AKU DAH JADI PAKCIK 
Wednesday, July 21, 2004, 09:28 AM
baru balik lepak minum kopi kat kedai mamak dengan kawan aku. kejap je, aku pun letih ni. harini lepas zohor aku dengan mak abah aku pegi SJMC (Subang Jaya Medical Centre) sebab akak ipar aku selamat bersalin pukul 1 30 tengahari semalam (Isnin). dapat baby boy. sihat alhamdulillah la dua dua, mak dengan baby dia. abang aku je demam, hahaha. kira pagi semalam la pukul 2 pagi abang aku call mak aku cakap bini dia dah masuk wad sebab dah mula sakit. aku memula takmo pegi, sebab aku tak cukup tido, last2 abang aku call cakap macamni "kau takmo tengok anak sedara kau ke?" hahahaha. aku acah je pun. sedangkan anak orang lain pun aku pegi tengok, inikan pulak anak abang aku sendiri. semalam jugak rekod UPTIME pc aku rosak sebab CDwriter aku buat perangai. cd takleh eject sebab hang pekejadah ntah, sudahnya aku pissed-off, terus restart je pc. elok2 dah 10 hari uptime pc.. ish. Semalamnya (Ahad) macam biasala, main badminton dengan kawan aku, lepastu layan karaoke kat fortune. muahahhaa. aku sorang je yang mampu bertahan, bebudak lain semua suara hilang, sebab keletihan main badminton. Sebelum karaoke, lepas main badminton tu kitorang melantak kejap kat temiang corner tu. Haritu aku tak keluar duit satu sen pun, duit court badminton, duit makan, dan duit karaoke, sebab kawan aku belanja, pasal aku tolong format dan install OS dalam pc kastemer dia.

letih jugak aku harini, pegi balik USJ naik kereta, dahla siang tadi aku bangun awal, tido tak sampai 6 jam. pastu harini tak hujan pun, panas sampai kepetang. sekarang ni pun bilik aku berbahang sikit, tapi temperature CPU aku maintain lagi la 35c, sebab sistem penyejukan yang bagus. kat SJMC tadi aku terserempak dengan kawan sekolah aku dulu. hahaha, kecik betul malaysia ni. bertuah betulla anak sedara aku ni, lahir lahir je dah merasa aircon, duduk dalam hospital orang kaya. muahahaha. muka dia ikut abang aku. perangai pun silap-silap ikut abang aku. elok je diam budak tu tadi, tak nangis pun. perut tengah kenyang lagi memang la dia diam. hahaha. harini negeri sembilan cuti sebab hari keputeraan yang dipertuan besar. harini jugak pucuk daun baru tumbuh di pokok diatas arasy Allah S.W.T (kelahiran) dan ketika itu juga ada daun yang gugur dari pokok itu (kematian).

masa pagi ada satu mamat MCA kena cincang dengan parang daging kat oakland park seremban2 haritu aku dengan kawan aku nazri tengah layan cerita RIDDICK kat opis dia, guna projektor tembak gambar ke dinding. cerita dia memang SUCK MY DICK betulla. ntah papo. dia punya graphic effect gilababi punya babi. hahahaha. pastu cerita tak masuk akal, memang totally out la. tu pendapat aku la. kalau orang lain tengok dia cakap ok, tu tekak dia punya selera. yang kes bunuh mamat cina tu, tak jauh dari opis kawan aku, 2 blok je. nasib baik pagi tu aku tak lalu kat situ masa nak balik rumah, kalau tak mesti aku kena jadi saksi. leceh betulla, muka aku nak kena masuk suratkhabar satu hal, nak keluar tv satu hal. kang berebut pulak awek hantar email la call la sms la nak berkenalan. hahaha. mesti korang gatal bijik mata eh baca statement aku kat atas tu. haha. ok kembali kepada cerita RIDDICK tadi. memang sak mai dik la cerita dia. aku tengok sampai cd1. cd2 je aku dah mula tak berapa layan. dah la cd pun tak berapa elok, gambar sangkut2. best betul kawan aku beli projektor tu. kalah tv 42 inci! tak silap aku, kitorang zoom penuh satu dinding, adala dalam 142 inci punya saiz kot. okhokhkohkohkohkohkhohkho.

1:31 AM : nak tengok gambar ntah papo yang tak ada tajuk dan tak ada description? GAMBAR NTAH PAPO. aku dapat gambar tu dari email, bubuh je la dalam tu. nampakcantik pun ada, nampak lawak pun ada.

tak sangka pulak semalam panas, pagi ni hujan lebat kemain, start pukul 7 tadi sampai la pukul 10 ni ha. apo lagi? sambung tido balik la. muahhahaa. aku pun tak ada apa-apa aktiviti sangat harini, cuma lepak kat opis kawan aku jela sat lagi. best sial tido, siap boleh bangun kejap matikan kipas lagi. fuh. sementara aku belum start keje macam manusia normal lagi, boleh la aku layan keadaan macamni. haha.

baru lepas add script baru dalam web aku iaitu "Page execution time", dimana dia akan kira berapa lama sekerip asp aku ni amik masa untuk proses dalam webserver sebelum dia hantar output html keluar. tengok kat bawah page ni dia ada tulis masa yang diambil untuk proses data sebelum hantar maklumat kepada browser anda. ucapan terima kasih kepada encik "asp" dari putera.com yang kasik aku URL yang kasik source script ni.

awal aku mandi harini, sebab tadi gunting rambut dengan abah aku. lepas balik jogging, lepak jap 10 menet, baru aku gunting rambut. rimas pulak rambut berserabai. aku bukannya nak bela panjang, tapi malas nak kerap gunting sebenarnya. dari kecik sampai sekarang abah aku yang gunting rambut aku sebab? aku tak suka gunting rambut kat kedai, bersepah sepah. aku suka kumpul rambut aku ni tanam sendiri dalam tanah. setiap benda dari badan kita perlu dipulangkan semula ke tanah :P tadi masa jogging, ada 3 helai bulu mata aku gugur. mitos mengatakan kalau bulu mata kanan gugur, ada orang rindu, dan orang tu kita kenal. kalau bulu mata kiri, ada orang rindu, tapi kita tak kenal dan tak sedar siapa orang itu. muahahaha. sapola yang rindu dengan aku ni. muahaha. kalau betulla ada awek yang rindu kat aku, alangkah bahagianya aku. haha. ok, berenti berimaginasi. harini aku berjaya menamatkan larian sejauh 6km dengan jayanya. camana aku tau jarak tu jauh macamtu, sebab aku lari pusing balik 3x, jarak laluan tu memang ngam2 2km, sebab aku ukur dengan speedometer moto aku. makin lama aku boleh lajakkan lagi jarak, pastu dah kurang minum air. satu kemajuan!
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3 / 162 )

MEDIKEL CEK-AP DAY 
Thursday, July 15, 2004, 09:54 AM
seharian aku tak update apa apa dalamni. semalam sibuk sikit. bila check log website aku, ramai gak yang bukak website aku semalam. well, nak buat camana, website yang menarik padat dengan isu sensasi mesti ramai peminat. aiseh, wujud unsur riak lapulak.. hahaha. sat lagi ni aku nak ke hospital seremban balik sambung buat medical checkup. ada 2 benda tak siap lagi; "ujian air kencing untuk mengesan dadah" kat "klinik ilmu perubatan jiwa". bab nama klinik ni nak tergelak gak aku baca. pelik betul nama. macam klinik sakit jiwa lapulak. hokhokhkohkohkohkoh. semalam aku dah settlekan ujian air kencing biasa, ukur ketinggian dan berat badan (paiseh, berat badan aku naik sekilo lagi, ish ish ishhhh) pastu pemeriksaan mata (doktor tu tipu, dia suruh aku baca line yang aku nampak jelas, so dia tulis 6/6, padahal patutnya aku dapat 6/5 sebab aku mampu baca yang paling kecik kat bawahtu!) dan last sekali aku buat pemeriksaan gigi. muahahaha. nurse yang check gigi aku tu siap main kenyit mata dengan aku. apola, tak profesional langsung buat keje. walalala. pastu suka-suka dia je cakap macamni kat aku "encik ni kuat merokok ye", mungkin sebab kesan tar kat celah gigi kot. aku masa tu mulut tengah ternganga, aku cuma buat bunyik "ngee ngeee" je la. last sekali dia cakap gigi geraham aku belah kiri atas paling hujung tu perlu ditampal. mana tidak. aku dah bertahun tahun tak jumpa doktor gigi. tengok la ada masa aku tampal la. bukannya apa, aku tak suka sangat tampal gigi, menyebabkan gigi aku ngilu setiap kali terkena sudu.

hujan renyaiČ jap kat luar tu. kejap lagi la jawabnya aku pegi hospital. dalam keadaan jalan rasah tengah renovate nak buat fly-over tu, aku lagi suka bawak moto dari redah trafficjam guna kereta. lagipun harini aku cuma ada satu ujian je, kat klinik ilmu sakit jiwa tu. hahaha. ujian x-ray aku 22 haribulan ni, diorang set haritu untuk appointment. agaknya camana la rupa xray aku tu eh. 7 tahun lepas masa aku xray, dah gelap dah peparu aku. ishhh.

ok, hujan dah berenti dah tu. masa untuk kencing! muahahhaa. rupanya cerewet jugak nak berkhidmat dalam sektor kerajaan ni. tapi apa apa pun, itulah target aku sejak dari dulu lagi, berkhidmat untuk agama, kerajaan, bangsa dan negara. kepada fanatik pembangkang yang baca statement aku ni, kalau ko nak cakap aku itu dan ini, ko tau apa aku jawab? IZHAB ANNAR! orang barat cakap go to hell!. orang melayu cakap pegi mampos. Ntah betul ke tidak bahasa arab aku tu. hokohkohkohkohkh. paiseh, lari jauh pulak cerita aku. ok, masa untuk medikel cek-ap!

kejap je harini punya keje pasal cuma satu benda je, "ujian pengesanan dadah dalam urin"... huhuhuhu. nasib baik aku bukan penagih dadah. aku perlu menyiapkan satu profil untuk aku present dengan kawan aku malam ni. estimated 2 jam dari sekarang bakal siap. be rait bek babeh!

hujan separa-lebat diluar. bagus la kat sini sekarang, petang hujan, pastu berenti jap, pastu malam pukul 10 dia sambung balik... huhuhuhu. betapa nyamannya bumi seremban ini. tak ada la bilik aku berbahang lagi.

baru lepas tengok buletin utama tv3 tadi. ada 2 kematian. satu adik nor atiqah yang mengidap bengkak hati yang cuma dapat hidup kat dunia sekejap je. sorang lagi pengerusi petronas yang meninggal sebab sesak nafas. Al-Fatihah untuk mereka berdua. semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.9 / 109 )


Next Back