Thursday, July 15, 2004, 09:54 AM
seharian aku tak update apa apa dalamni. semalam sibuk sikit. bila check log website aku, ramai gak yang bukak website aku semalam. well, nak buat camana, website yang menarik padat dengan isu sensasi mesti ramai peminat. aiseh, wujud unsur riak lapulak.. hahaha. sat lagi ni aku nak ke hospital seremban balik sambung buat medical checkup. ada 2 benda tak siap lagi; "ujian air kencing untuk mengesan dadah" kat "klinik ilmu perubatan jiwa". bab nama klinik ni nak tergelak gak aku baca. pelik betul nama. macam klinik sakit jiwa lapulak. hokhokhkohkohkohkoh. semalam aku dah settlekan ujian air kencing biasa, ukur ketinggian dan berat badan (paiseh, berat badan aku naik sekilo lagi, ish ish ishhhh) pastu pemeriksaan mata (doktor tu tipu, dia suruh aku baca line yang aku nampak jelas, so dia tulis 6/6, padahal patutnya aku dapat 6/5 sebab aku mampu baca yang paling kecik kat bawahtu!) dan last sekali aku buat pemeriksaan gigi. muahahaha. nurse yang check gigi aku tu siap main kenyit mata dengan aku. apola, tak profesional langsung buat keje. walalala. pastu suka-suka dia je cakap macamni kat aku "encik ni kuat merokok ye", mungkin sebab kesan tar kat celah gigi kot. aku masa tu mulut tengah ternganga, aku cuma buat bunyik "ngee ngeee" je la. last sekali dia cakap gigi geraham aku belah kiri atas paling hujung tu perlu ditampal. mana tidak. aku dah bertahun tahun tak jumpa doktor gigi. tengok la ada masa aku tampal la. bukannya apa, aku tak suka sangat tampal gigi, menyebabkan gigi aku ngilu setiap kali terkena sudu.hujan renyaiČ jap kat luar tu. kejap lagi la jawabnya aku pegi hospital. dalam keadaan jalan rasah tengah renovate nak buat fly-over tu, aku lagi suka bawak moto dari redah trafficjam guna kereta. lagipun harini aku cuma ada satu ujian je, kat klinik ilmu sakit jiwa tu. hahaha. ujian x-ray aku 22 haribulan ni, diorang set haritu untuk appointment. agaknya camana la rupa xray aku tu eh. 7 tahun lepas masa aku xray, dah gelap dah peparu aku. ishhh.
ok, hujan dah berenti dah tu. masa untuk kencing! muahahhaa. rupanya cerewet jugak nak berkhidmat dalam sektor kerajaan ni. tapi apa apa pun, itulah target aku sejak dari dulu lagi, berkhidmat untuk agama, kerajaan, bangsa dan negara. kepada fanatik pembangkang yang baca statement aku ni, kalau ko nak cakap aku itu dan ini, ko tau apa aku jawab? IZHAB ANNAR! orang barat cakap go to hell!. orang melayu cakap pegi mampos. Ntah betul ke tidak bahasa arab aku tu. hokohkohkohkohkh. paiseh, lari jauh pulak cerita aku. ok, masa untuk medikel cek-ap!
kejap je harini punya keje pasal cuma satu benda je, "ujian pengesanan dadah dalam urin"... huhuhuhu. nasib baik aku bukan penagih dadah. aku perlu menyiapkan satu profil untuk aku present dengan kawan aku malam ni. estimated 2 jam dari sekarang bakal siap. be rait bek babeh!
hujan separa-lebat diluar. bagus la kat sini sekarang, petang hujan, pastu berenti jap, pastu malam pukul 10 dia sambung balik... huhuhuhu. betapa nyamannya bumi seremban ini. tak ada la bilik aku berbahang lagi.
baru lepas tengok buletin utama tv3 tadi. ada 2 kematian. satu adik nor atiqah yang mengidap bengkak hati yang cuma dapat hidup kat dunia sekejap je. sorang lagi pengerusi petronas yang meninggal sebab sesak nafas. Al-Fatihah untuk mereka berdua. semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.




( 2.9 / 109 )
Friday, July 2, 2004, 10:06 AM
ya anak anak sekalian, begitulah kesudahan bola tadi. PORTUGIS 2, AYAM BELANDA 1. tupun sebab Jorge Andrade bahlul dari portugal tu sumbat gol sendiri. kira ok la janji belanda tak la malu besar dapat telur. tapi portugis memang patut menang la sebab dari awal dia main kemas dan cantik, terus dapat 2 bijik. cuma masa kena gol sendiri tu diorang dah mula hilang semangat sikit, bila belanda mula menyerang balik. cerita pasal gol sendiri ni, teringat aku dulu, masa world cup ke apa ntah, ada satu mamat nama andreas escobar yang mati kena tembak dengan penyokong dia sebab buat gol sendiri. argentina kot kalau tak silap. tapi memang patut la dia kena tembak sebab gol sendiri dia tu la buat pasukan dia kalah. hokhokhokohkhokohkohkho.fuhh. banyak betul aku makan harini. lepas balik dari main badminton pukul 11 30 malam tadi, aku balik rumah jap, solat isyak, pastu makan nasik dengan daging masak kicap. pastu pekena rokok sebatang, pastu start enjin kereta, jemput kawan aku untuk sama sama melepak kat kedai makan. kedai mamak yang aku selalu lepak tu tutup la pulak. bodo punya mamak. sudahnya aku lepak satu kedai melayu kat depan mobil kat bukit rasah tu. ok gak la, memula pekena kerang rebus, lepastu pekena nasik goreng telur mata sorang sepinggan. hahaha. air toksah cerita la, sorang 2 gelas. bola punya pasal. ish ish ish. obses sungguh.
ohok, baru la aku terbangun dari tido, nipun pasal bunyik telefon. dahla tido tadi lambat sikit pasal aku semayang subuh dulu baru tido. bangun, mandi, masa tengah sarapan tengahari, kawan aku mintak tolong temankan dia pegi nilai sat.
baru sampai rumah balik. arghhh, terasa macam nak tido balik. tapi aku tak suka nak tido siang selalu. dahla pagi kang ada bola lagi. sure nak kena tengok punya. hahaha.
baru balik dari jogging, sebenarnya pukul 6 45 tadi dah sampai rumah. harini bebetul best berlari, dengan cuaca suam suam kuku, pastu larian sejauh 5km dengan 2-3x berhenti, pastu aku minum air separuh botol kecik je. botol yang 500ml tu la. manyak syok. maknanya stamina aku dah bertambah, body aku dah kurang mintak air. maknanya aku kena tambahkan larian lagi untuk pastikan aku minum sebotol air 500ml tu. dari sini aku buat perbandingan, bila aku main badminton aku memerlukan 1.5liter air, kekadang tak cukup pun. dengan peluh gila tak ingat sampai baju dan seluar track habis basah. padahal baru main 2 set game, berapa minit sangat pun. mungkin sebab walaupun dalam court tak banyak berlari, tapi ko buat keje kuat. taim macamni jantung dengan peparu tak kuat bekerja. berbanding dengan jogging, baru berlari 1km aku dah mencungap, jantung jadik laju, tapi aku tak minum air sangat. mungkin sebab aku berlari open air, badan kena angin sedangkan masa main badminton, aku main dalam dewan, tak ada sangat pengaliran udara, berbahang. tapi apa apa pun, aku tetap prefer main badminton sebagai satu cara membakar lemak dengan efektif, based on peluh yang keluar!
Next Back
Archives

