KEJAT 3.3 
Monday, February 6, 2012, 11:50 AM
semalam ada 2 berita yang boleh dibaca di 2 akhbar berlainan yang berkaitan dengan SBPA. seperti biasa, perkara yang sering dibangkitkan dalam isu ini adalah GAJI. itu sajalah yang bermain di mata "pejuang-pejuang pekerja perkhidmatan awam" ni. gaji, gaji dan gaji. macam takda benda lain. lepas "exit policy". sekiranya 2 benda ni saja yang dititikberatkan, percayalah, kualiti perkhidmatan awam takkan ke mana. apa yang seharusnya dititikberatkan adalah modal insan, memperbaiki kualiti perkhidmatan, memperbaiki tatacara pengambilan pekerja dalam perkhidmatan, mengkaji semula dasar pengambilan pekerja dengan meniru cara pengambilan pekerja dalam sektor korporat. tak payah tengok jauh, tengok saja dalam GLC. perkara yang paling utama, istilah bahasa dalam perkhidmatan itu sendiri. sebagai contoh, dengan bertukarnya nama SOKONGAN kepada PELAKSANA, ianya ibarat menaikkan standard kumpulan sokongan itu kepada kumpulan eksekutif. gaji yang dibayar seharusnya gaji bertaraf eksekutif. PELAKSANA adalah orang yang menjalankan sesuatu, diterjemahkan dalam bahasa inggeris menjadi EXECUTE. itu adalah kata dasar untuk EXECUTIVE. jadi kepada pihak-pihak berkenaan terutamanya cuepacs, daripada anda melalak pasal isu murahan seperti gaji dan exit policy ni, baik anda kaji semula polisi permintaan anda tu sebab banyak benda lain yang boleh diperjuangkan. gaji semata-mata tanpa memikirkan standard seseorang pekerja itu ibarat memberi seseorang makan melebihi kapasiti perutnya. memberi kenaikan percuma pangkat sesuatu jawatan rendah ibarat memperjudikan perkhidmatan kerana memberikan tanggungjawab lebih kepada orang yang tidak mampu. jabatan perkhidmatan awam pun seharusnya perlu berubah dengan merombak semula organisasinya, supaya tidak hanya dipenuhi dengan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK. sebaliknya ianya mesti disertai golongan yang bertaraf profesional yang sebenar-benar profesional. sebagai contoh, ianya perlu disertai oleh mereka yang kanan dan pakar dalam sesuatu sektor, contoh jeneral dari angkatan tentera, profesor dari universiti, pakar teknologi maklumat dari sektor IT, pakar sains dari industri sains, doktor pakar dari kementerian kesihatan, pakar psikologi dari persatuan kaunselor, jurutera, guru dan sebagainya. itu baru betul. ni tak, membebel pasal gaji, lepastu yang menyertai jawatankuasa untuk mengkaji dan menambahbaik SBPA ni pun balik balik PTD, orang itu dan orang ini. stereotaip. membosankan. jangan terkejut jika di akhir rancangan nanti, keputusannya tetap sama, dan tetap akan mengecewakan pelbagai pihak.

untuk bacaan lanjut, boleh klik URL berita-berita di bawah:
1. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?f ... tar_berita
2. http://www.bharian.com.my/bharian/artic ... PA/Article

sambutan maulidur rasul telah diadakan semalam. banyak jabatan kerajaan menghantar kakitangannya untuk menghadiri perarakan sempena maulidur rasul. sungguhpun sambutan ini disepakati oleh majlis fatwa sebagai harus, walhal ada yang mengatakannya sebagai bidaah, namun begitu berbalik kepada perkara pokok, iaitu memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. adalah sangat dituntut. berbalik kepada perkara asas terhadap sesuatu ibadah, ianya perlu dilakukan secara ikhlas, dan tidak terlalu berlebih-lebihan atau melampaui batas. selain daripada itu, ianya juga tidak boleh meniru gaya dan cara yang dilakukan oleh agama lain. berkaitan dengan sektor awam dan korporat yang menghantar kontinjen untuk majlis perarakan tersebut, kita perlu kaji, adakah cara ini meniru cara agama lain? tak silap aku agama lain juga ada membuat majlis perarakan untuk memperingati dan menyanjung dewa mereka, Tuhan mereka, dan apa-apa saja berkaitan dengan kepercayaan mereka. aku ada terbaca satu artikel yang ditampal di masjid bahawa perarakan ini bermula sekitar tahun 700 hijrah dimana penguasa islam di wilayah iraq pada ketika itu memulakan perayaan tersebut. apa yang aku faham, sambutan pada ketika itu hanya berupa suatu perjumpaan sekumpulan manusia yang berdiri sambil berselawat, membaca ayat suci al-Quran dan memuji-muji baginda. tidak ada sebarang perarakan yang dibuat sebagaimana yang kita lakukan harini. berbalik kepada perarakan tersebut, adakah kita meniru agama lain? ini bertentangan dengan hadis Rasulullah S.A.W. dimana sekiranya kita mengikuti budaya sesuatu agama, kita secara langsung tergolong di dalam golongan tersebut.

sesuatu ibadah tidak sepatutnya mengambil cara agama lain. aku sendiri tak pernah mengikuti sebarang perarakan ini kerana bagi aku, untuk menghadiri sesuatu perkara yang dianggap ibadah memerlukan keikhlasan dalam hati. semua jenis ibadah yang dilakukan memerlukan niat yang ikhlas. ini kerana tanpa niat yang ikhlas, ibadah tersebut sia-sia. hanya mendapat penat sahaja. berbalik kepada kes banyak jabatan kerajaan, agensi korporat yang menghantar kakitangan untuk menghadiri perarakan tersebut, adakah setiap kakitangan tersebut ikhlas? niat yang ikhlas hanya diketahui oleh Allah dan orang itu sendiri sahaja. orang lain taktau. sebagai contoh, aku ada mendengar ada seorang pekerja di sebuah jabatan kerajaan yang diarah oleh penyelianya untuk menghadiri perhimpunan tersebut. umum mengetahui bahawa dalam sektor awam, untuk menghadiri sesuatu aktiviti yang membabitkan jabatan, lebih-lebih lagi sekiranya ianya jatuh pada hari cuti umum, anda mesti dibayar sesuatu ganjaran terhadap aktiviti tersebut. samada cuti anda diganti dengan hari lain, atau anda dibayar 2 kali ganda disebabkan anda perlu menghadiri sebarang aktiviti jabatan. disamping itu anda juga akan diberikan makanan, pakaian dan sebagainya sebagai saguhati. sekiranya perkara di atas tidak dipenuhi, maka anda tidak akan ikhlas untuk menghadirinya malah anda sendiri takkan rasa nak pergi pun. untuk makluman, dalam sektor awam ada sejenis budaya turun temurun yang tak pernah berubah. orang yang tau buat sesuatu yang bukan kerja sehariannya, akan dipergunakan. orang yang sukarela untuk menyertai sesuatu aktiviti yang melibatkan jabatan, akan dipergunakan untuk hari-hari dan tahun-tahun yang akan datang. sama kes macam mewakili jabatan untuk sesuatu aktiviti. sekiranya tahun lepas anda menyertai secara sukarela dan suci hati, percayalah, tahun depan nama anda secara automatik akan masuk dalam senarai, walhal anda belum pun menyatakan hasrat untuk menyertainya. inilah dia salah satu budaya mempergunakan orang dalam sektor awam yang diwarisi secara turun temurun. dalam sektor awam juga ada 1 budaya,
sekiranya anda melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, dalam bahasa lain kerana Allah S.W.T. anda tidak akan dihargai sangat pun. itu tidak mengapa, kerana anda ikhlas. masalah disini kadangkala anda difitnah melakukan sesuatu yang sebenarnya anda tidak lakukan. ataupun sekiranya anda melakukan kesilapan yang kecil, kesilapan tersebut akan dikenang sampai bila-bila. itu adalah budaya turun temurun dalam sektor awam. disebabkan kes sebegini, ramai orang mengambil keputusan untuk membuat saja sebarang kesalahan. alasannya, senang supaya diorang tak perlu susah payah mencari kesalahan orang, sebaliknya kesalahan tersebut boleh dilihat hari-hari. inilah masalah dalam sektor awam sejak dari dulu. pekerja yang berdaya saing dan mempunyai keikhlasan bekerja tidak dihargai, malah kadangkala keikhlasan tersebut telah dibunuh oleh penyelia-penyelia mereka yang zalim. sebaliknya apabila mereka melakukan perkara-perkara yang tidak elok seperti menangguhkan kerja, mengambil rasuah, membuat kerja ala kadar, mereka tetap akan dizalimi dan dicari kesalahannya berturut-turut. disebabkan itu ramai orang mengambil keputusan, buat baik pun kena fitnah, baik buat jahat je terus. sama je persepsi orang, kan?

berbalik kepada perarakan sempena maulidur rasul ini, tanya kepada diri sendiri. sekiranya anda tidak ikhlas, berat hati kerana diarah oleh jabatan, maka tak perlulah anda menghadirinya. anda tidak dapat apa, sebaliknya hanya penat dan panas disebabkan berjemur di tengah panas. duduk saja di rumah, berselawat banyak-banyak dengan hati yang rela. itu lebih baik dari melakukan sesuatu tanpa rela hati. lebih lagi apabila sambutan tersebut dikhuatiri meniru budaya agama lain kerana terdapat perarakan dan penyampaian anugerah itu dan ini. perkara ini belum diputuskan oleh mana-mana majlis pun, tetapi sekiranya anda was-was, usahlah melakukannya. sia-sia sahaja. lepas tu pulak setiap tahun ada saja "tokoh maulidur rasul". aku nak tanya, adakah tokoh tersebut benar-benar menghayati dan mengamalkan hadis dan sunnah Rasulullah S.A.W. sekiranya hanya mengamalkan tak sampai 100%, tidak usahlah mengangkatnya sebagai "tokoh". tujuan mengenang Rasulullah S.A.W. hanyalah semata-mata untuk mengingati sirah baginda, memperbaiki amalan berdasarkan hadis dan sunnah baginda. sekiranya anda berjasa kepada negara dan banyak menyumbang terhadap sesuatu yang takda kena mengena dengan hadis dan sunnah, itu bukanlah tokoh "maulidur rasul" namanya. seperti yang telah aku ulas pada topik lepas, slogan dan motto sambutan maulidur rasul seharusnya ada 1 saja dan ianya perlu diulang-ulang setiap tahun: MENGENANG SIRAH BAGINDA RASULULLAH S.A.W. DAN MENGAMALKAN AJARAN AL-QURAN, HADIS DAN SUNNAH PENINGGALAN BAGINDA". itu saja sepatutnya slogannya. bukannya slogan pelik-pelik yang takda kena mengena dengan 3 perkara tersebut.

ingatlah, Rasulullah pernah bersabda:
Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku, dimana ungkapan itu diucapkan baginda sebanyak satu kali. Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku, dimana ungkapan tersebut diucapkan sebanyak tujuh kali.

(H.R. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim)

fikirlah sendiri kenapa "berbahagia" itu diulang-ulang sampai 7 kali, dan kepada siapakah ianya ditujukan.

Allahummasolli'ala Saiyidina Muhammad, Wa'alahalihi Wasohbihi Wabarik Wasallim.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 0 / 0 )

RCBO 2.0 
Wednesday, February 1, 2012, 04:04 PM
selamat menyambut hari wilayah persekutuan diucapkan kepada mereka yang bekerja di 3 wilayah persekutuan, putrajaya, kuala lumpur dan labuan. mereka semua sedang cuti hari ini, jadi jangan terkejut sekiranya panggilan telefon anda ke pejabat sekitar kawasan di sana tidak berjawab. hokhokhokohkho. ada juga kawan aku yang buat lawak bodoh dengan mengatakan "sepatutnya kita sebagai jabatan persekutuan yang terletak di negeri sebagai sebuah cawangan ni pun kena cuti sekali, sebab kita jabatan persekutuan". kalau macamtu, ibu pejabat jabatan persekutuan yang terletak di wilayah persekutuan tu pun perlu cuti setiap kali negeri-negeri yang terdapat cawangan mereka tu bercuti. mewah la mereka kerana mendapat cuti umum setiap negeri. orang macam ni bahaya kalau diambil sebagai pembuat keputusan. boleh BANKRAP negara dibuatnya. maklum la sekarang ni memang heboh bahawa negara akan bankrap pada sekian hari dan sekian tahun memandangkan terlebih belanja, defisit yang tinggi, inflasi yang tinggi dan sebagainya. :X

sebenarnya negara memang dah bankrap sejak dari dulu. jangan cerita bab ekonomi atau bab duit. itu adalah hal dunia. negara bankrap dari soal akidah dan akhlak. ini sudah lama. tengok saja keliling anda, sekiranya anda bukan seorang yang buta hati, anda akan nampak. benda yang tak boleh, dibolehkan, benda yang dibolehkan, tidak dibolehkan. tapi banyak benda yang dilarang tapi dibuat.

5 bulan yang lepas aku telah menukar pemutus litar bocor ke bumi dengan yang baru. setelah 5 bulan beraksi, kesimpulan awal yang boleh aku buat, ianya memang cekap dan tangkas dalam memutuskan bekalan elektrik sekiranya terjadi arus berlebihan samada berpunca dari bekalan elektrik yang tidak stabil, atau dipengaruhi oleh petir dan cuaca yang buruk. sekarang ni pun musim hujan tak menentu, kadangkala panas seharian dan kadangkala hujan di sebelah petang. pada bulan 11 dan 12 tahun lepas memang kerap terjadi hujan disusuli dengan ribut petir. dan perkakas ini berfungsi dengan baik sekali. bagi mereka yang mempunyai perkakas elektrik dan elektronik yang sensitif terhadap perubahan arus, anda perlu memeriksa pemutus litar yang terletak di papan suis utama dalam rumah anda bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang sepatutnya.

topik kalini aku bukan nak ulas sangat pasal RCBO yang aku guna tu, sebab setelah 5 bulan, ianya masih belum menunjukkan keseluruhan fungsinya. ianya menendang dan memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus berpunca dari kilat dan petir, tapi aku belum pernah lagi tengok litar diputuskan apabila berlaku lebihan kuasa berpunca dari pengubah(transformer) TNB yang tersalah ubah arus menyebab arus berlebihan masuk. sebab setakat ni belum pernah suis ditendang bukan pada waktu hujan. jadi setakat ini perkakas tersebut berfungsi ketika hujan sahaja. mungkin satu hari nanti kecekapannya akan terbukti. mungkin setakat ni TNB BEGITU EFISYEN sehinggakan arus yang dibekalkan pada setiap rumah dalam keadaan stabil :P oleh yang demikian, perenggan-perenggan dibawah aku akan rojakkan. beberapa hari yang lepas aku ada duduk sembang dengan kengkawan aku dan beberapa perkara menarik telah dibincangkan. dalam soal bab agama pula, ianya diambil ketika mengikuti kuliah maghrib di sebuah masjid:

1. perkataan executive datang dari kata dasar execute, iaitu yang melaksana. istilah eksekutif di swasta memang betul, mereka adalah orang yang melaksana, kerana mereka yang masuk kerja menggunakan ijazah, tiada pengalaman, usia masih mentah, akan dilatih untuk membuat kerja, seterusnya melaksanakan kerja tersebut. tapi dalam perkhidmatan awam, istilah eksekutif lebih kepada "pengarah", "pemberi arahan". manakala orang yang kerja bermati-matian dianggap sebagai "menyokong" sahaja. inilah masalah dalam dunia pekerjaan di malaysia. banyak istilah telah disalahguna, telah dilacurkan. :N

2. engineer di swasta, mereka memang sebenar-benar engineer, jika disusun semula perkataan engineer tersebut akan berbunyi near engine. dalam bahasa lain, mereka adalah pelaksana, mereka adalah orang yang pakai overall, penuh minyak dan kotoran yang terpalit di baju, malah di tangan dan muka sekali. pendek kata, jurutera adalah orang yang mengepalai sesuatu unit, sesuatu projek, mereka adalah pelopor, mereka akan memastikan bahawa sesuatu kerja dimulakan oleh mereka sendiri, dan kakitangan mereka yang terdiri dari juruteknik dan pembantu teknik sekadar membantu dan menyokong ala-ala kadar saja. berbeza dengan jurutera dalam perkhidmatan awam, mereka bukanlah seorang jurutera sejati, sebaliknya lebih kepada MANDUR. :X

3. sejarah manusia yang sebenar dimana ianya disepakati oleh jemaah ulama, tempoh masa antara nabi adam a.s. hingga nabi ibrahim a.s. sekitar 5000 tahun, manakala diantara nabi ibrahim a.s. hingga nabi muhammad S.A.W. sekitar 10000 tahun. oleh yang sedemikian, teori yang mengatakan bahawa manusia mendiami bumi beratus ribu tahun dahulu adalah mengarut. usia bumi memang melebihi angka tersebut, malah tidak salah sekiranya dikatakan berjuta tahun. ini kerana manusia adalah makhluk terakhir yang dijadikan untuk mendiami bumi. bumi pada zaman sebelum manusia dihuni oleh makhluk berupa jin dan binatang. dinasour memang pernah wujud pada zaman dulu kerana rangka dan tulangnya memang dijumpai di bawah bumi. tapi waktu tu tiada manusia yang hidup bersama dinasour. manusia diletakkan di bumi untuk mendiami dan mentadbir bumi apabila proses kejadian bumi secara khususnya dan alam semesta secara umumnya telah lengkap. kita dari kecik diajar kononnya manusia hidup dari zaman purba iaitu zaman paleolitik, mesolitik, neolitik, batu, logam dan sebagainya. malah ada pulak yang mengatakan bahawa manusia berevolusi dari keturunan monyet dan beruk. itu adalah teori saintis barat. kita sebagai seorang yang beragama islam perlu percaya 1 sahaja, iaitu manusia adalah keturunan nabi adam. :U

4. iblis dan syaitan akan sujud kepada Allah sekiranya diperintah untuk sujud. yang menyebabkan mereka kufur adalah kerana mereka ingkar tidak mahu sujud kepada nabi adam yang dijadikan sebagai manusia. itu sahaja. sedangkan manusia yang ingkar tidak mahu sujud kepada Allah tidak pulak dilaknat dan diubah menjadi hodoh sebagaimana iblis dan syaitan. ini menyebabkan iblis bertambah hasad dengkinya terhadap manusia kerana mendapat keistimewaan yang tidak terhingga. walaupun begitu perlulah diingat bahawa azab tetap akan diberi kepada mereka yang ingkar. cuma umat muhammad S.A.W. dan generasi selepasnya begitu beruntung kerana doa Rasulullah telah menyelamatkan generasi yang ada sekarang ni dari diberi bala bencana dan diazab serta merta. seperti mana orang yahudi yang beruntung kerana mempunyai kecerdikan akal, kecantikan paras rupa disebabkan makbulnya doa nabi musa A.S. umat muhammad S.A.W. juga mempunyai keistimewaan yang tiada pada umat nabi musa A.S. cuma kita saja yang tak pernah bersyukur dan tak pernah nak amik tau.

5. kisah bunyi pelik di kota samarahan sabah. kononnya itu bunyi dari angkasa, ada pulak teori merepek mengatakan bahawa itu tanda-tanda kiamat. sekiranya bunyi itu memang datang dari angkasa, bukan setakat samarahan sahaja, malah seluruh alam akan berbunyi. sekiranya itu petanda dari Allah, bunyi tu akan didengar 1 alam, bukan setakat samarahan sahaja. sekiranya itu bermakna "bala nak turun", tak perlu berbunyi di angkasa, tapi bumi tu sendiri akan bergegar dengan dahsyatnya. bunyi tu barangkali pertembungan frekuensi radio, atau bunyi satelit yang berlanggar di orbit, atau bunyi tahi bintang yang bergeser dengan ruang udara. udah-udah la tu buat teori merepek ni. tula banyak sangat baca blog teori konspirasi, itulah jadinya.

6. kita sekarang sudah masuk bulan rabi'ulawal. bulan lepas adalah bulan safar. itu kalau ikut kalendar islam. sebagai seorang manusia yang mengaku islam dan mengaku mengikuti ahli sunnah wal jamaah mesti tahu tentang bulan-bulan ini. orang syiah yang memusuhi golongan ahli sunnah wal jamaah dan juga sahabat-sahabat nabi yang terawal ni pun tahu tentang bulan-bulan islam. malah boleh dikatakan bahawa bulan safar itu adalah bulan orang syiah, kerana pada bulan ini, sekitar penghujung bulan (20 safar), mereka menyambut hari memperingati cucu Rasulullah, Saiyidina Hussain yang mati dibunuh oleh bani umaiyah pada 10 muharram. kepala Saiyidina Hussain dipenggal dan diarak masuk ke dalam kota pada 20 safar. kita mengenang tarikh ini sebagai tarikh yang menyayat hati dan antara sejarah terburuk dalam sejarah Islam, tapi orang syiah mengenang hari tersebut secara berlebih-lebihan dengan mencederakan diri sendiri, malah ada yang membunuh diri.

tidak lama lagi kita akan menyambut maulidur rasul, iaitu memperingati tarikh kelahiran Rasulullah S.A.W. memang acara ini adalah acara bidaah kerana baginda sendiri tidak pernah merayakan harijadinya. tetapi aktiviti bidaah ini disepakati oleh jemaah ulama kerana kita memperingati nabi yang dicintai dengan mengucapkan selawat dan mengadakan ceramah/kuliah yang mengimbau kembali sirah nabi. masalah di sini adalah, setiap kali tibanya maulidur rasul, banyak sangat slogan yang dicipta, siap ada "tokoh" yang dinobatkan sempena maulidur rasul. slogan-slogan ini sebenarnya lari dari matlamat asal perjuangan Rasulullah S.A.W. ini kerana slogan yang sepatutnya digunakan dan perlu diulang-ulang saban tahun adalah "MENCONTOHI AKHLAK DAN PERIBADI SERTA MENGIKUTI SUNNAHNYA". itu sebenarnya slogan yang sesuai. takda benda lain yang patut dijadikan sebagai slogan. tapi itulah dia, kita sering melihat tema, slogan yang berubah-ubah setiap kali menyambut maulud nabi. dah macam menyambut hari kebangsaan pulak.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 0 / 0 )


Back