LAMAN UTAMA

kepada pengunjung yang dihormati


aku sebenarnya takda idea untuk laman utama ni:


1. aku bukanlah seseorang yang pernah belajar multimedia atau mengambil subjek menghias laman web, sebaliknya aku cuma tahu bagaimana untuk mewujudkan sesuatu kerangka laman web, bermula dari pemasangan perkakasan, memasang sistem operasi, aplikasi untuk menghidupkan laman web dan seterusnya kepada mewujudkan rangkaian. dan akhir sekali kepada pengurusan dan keselamatan rangkaian. itu saja yang aku tau. jadi jangan hairan sekiranya laman web aku buruk.

2. ini kerana aku seorang yang meminati pengaturcaraan rangkaian, dan bukannya pengaturcaraan web atau lebih senang disebut sebagai pakar penghias web. aku mempunyai satu prinsip iaitu biar laman web buruk, asalkan laman web itu selamat dan kebal dari digodam. dalam bahasa inggeris bolehlah dipanggil sebagai "hack-proof".

3. untuk makluman anda semua sejak dari tahun 2003 aku mula mewujudkan laman web sendiri yang beroperasi secara sendiri (english: dedicated) tanpa menumpang pelayan orang lain atau menyewa ruangan yang disediakan oleh pembekal. sejak dari tahun itu juga laman web ini belum pernah dicerobohi, ditukar lamannya menjadi laman yang pelik-pelik atau dalam bahasa lain: deface. nak kata laman web aku tidak popular, tak jugak kerana ianya termasuk dalam arkib google, malah kadangkala terdapat beberapa kata kunci apabila anda taip di dalam enjin carian google, ianya akan terpapar di dalam 10 teratas! berbalik kepada perkara utama iaitu "deface" tadi, laman web ini secara khususnya atau sistem operasi yang aku gunakan ini masih belum pernah berjaya dicerobohi oleh mana-mana orang diluar sana yang menggelar diri mereka sebagai "hackers". tapi aku panggil itu sebagai "script-kiddies" atau "cracker" kerana mereka memecah masuk ke dalam laman web hanya menggunakan skrip yang dicipta oleh orang lain. sekiranya laman web anda begitu mudah dicerobohi oleh script-kiddies itu tadi, percayalah, anda sebenarnya tak layak mempunyai laman web sendiri, ataupun menjadi seorang pentadbir sistem, pentadbir laman web, atau "webmaster". amat memalukan sekiranya anda dipanggil sebagai "web ada perkataan MASTER", tapi laman web anda begitu mudah digodam. anda hanya layak dipanggil sebagai "web KIDDIES".

4. tak percaya? anda boleh melayari laman web ini: http://www.zone-h.org/archive/filter=1/domain=.my/ dan lihatlah berapa banyak laman web yang menggunakan *.my yang telah digodam dan muka utamanya ditukar dengan imej-imej yang amat memalukan. ini adalah contoh mereka yang terikut-ikut budaya nak ada laman web sendiri, atau berbangga dengan status sebagai "webmaster", tapi hasil kerja serupa TAHI. maaf dengan izin. zone-h archive di atas aku cuma tumpukan kepada domain *.my sahaja, dimana banyak lagi laman web buatan tempatan yang tak guna domain *.my tapi guna domain antarabangsa seperti *.com *.net *.org dan sebagainya. jadi anda boleh filter sendiri apabila telah melayari zone-h tersebut. bagi yang tak faham langsung apa yang aku cerita ni, tak payah tengok laman tersebut, kerana anda seorang yang n00b.

5. sebagai mengakhiri ucapan aku pada laman utama ini, apa yang aku nak tekankan ialah, biar laman web buruk, asalkan keselamatannya cantik! hanya pentadbir sistem sejati sahaja yang boleh membezakan antara laman web yang "cantik" dengan laman web yang "selamat".






oleh yang demikian, sila guna pautan di bawah untuk 'peluncuran' seterusnya:

1. http://www.azuan.my/buku555/ (amaran! laman ini adalah sebuah *laman diari yang mengandungi artikel-artikel yang mungkin boleh mengganggu emosi anda. sekiranya anda seorang yang sensitif, tak boleh terima kenyataan, atau cepat melenting, laman ini tidak sesuai untuk anda). jadi sebelum anda terluka bontot (english translation: butt-hurt), sila baca PENAFIAN/DISCLAIMER dahulu di: http://m.azuan.my/r-disclaimer.html

2. http://picture.azuan.my/gallery/ (ini adalah picture gallery yang dibuat sekitar tahun 2004. lepas tu aku malas nak update dah)



*laman diari adalah istilah yang aku gunakan bagi menggambarkan laman web aku. istilah blog tidak sesuai digunakan, kerana blog hanya digunakan oleh mat-mat dan minah-minah gedik sahaja.

mohd azuan johan
20/10/2010